Wednesday, June 24, 2009

Khas untuk BADAR UTeM..

. Wednesday, June 24, 2009
0 comments

Kebenaran Tanpa Penghujung


Oleh Muhammad Azli Shukri

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Kenapa khas untuk BADAR UTeM?

Komen daripada blogger Demang Lemar Daun yang mengkritik BADAR UTeM yang memboikot tanpa usul periksa seperti di bawah.

Demang Lebar Daun said...

Poster boikot KFC disebarkan di masjid-masjid Melaka oleh MPP UTEM unit BADAR dengan kelulusan Pen Pendaftar HEP & Alumni UTEM.

Saya pernah menegur bebrapa org AJK sebuah masjid mengenai poster tersebut namun sudah dua minggu masih belum diturunkan.

Saya mencadangkan pihak Jcorp membuat kenyataan di media perdana bagi menghilangkan keraguan orang ramai.


Pengajarannya untuk BADAR UTeM. Periksa dulu kesahihan fakta. Kelakuan anda mencerminkan imej universiti..

Sumber : Azli Shukri

Read more »»

Tuesday, June 23, 2009

Elaun Latihan Industri

. Tuesday, June 23, 2009
0 comments

Mengenai pemberian elaun kepada setiap pelajar di IPT termasuk UTeM yang menyertai Latihan Industri . Perkara ini berada di kedudukan ke-5 Resolusi MPP seluruh IPTA untuk diperjuangkan.

Adalah diharapkan perkara ini dapat diperjuangkan sebaik mungkin oleh rangkaian MPP UTeM yang "cemerlang dan terbilang " kerana isu elaun ini telah menjadi buah mulut di kalangan pelajar.

Isu apa?
Boleh layari link ini. Klik Sini dan juga terdapat beberapa pertikaian lain yang tidak dapat dinyatakan di sini, anda boleh tanya rakan-rakan di fakulti FKEKK.


PERKARA : RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA SEMPENA KONVENSYEN KEBANGSAAN MPP IPTA 2009


Majlis Perwakilan Pelajar seluruh IPT sebulat suara bersetuju dan bersepakat menggesa resolusi-resolusi ini untuk dipandang serius oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Pihak kami menggesa supaya :

  1. Mewujudkan dan menyelaraskan subjek pendidikan agama dan pendidikan bersepadu sebagai subjek wajib universiti di setiap universiti tanpa berorientasikan peperiksaan.

  1. Mewujudkan dan memperkasa garis panduan program kesenian dan kebudayaan di setiap IPT di Malaysia.

  1. Melaksanakan pendidikan agama untuk dikuatkuasakan secara berterusan di IPT seluruh negara TANPA berorientasikan peperiksaan.

  1. Menubuhkan satu jawatankuasa pengambilan pensyarah dan pelajar antarabangsa dengan mengetatkan syarat seperti memperkenalkan ”entrance exam”

  1. Mengembalikan elaun Latihan Industri (LI) kepada pelajar yang sedang menjalankan latihan

  1. Mempertingkatkan usaha penterjemahan karya-karya akademik bahasa asing kepada Bahasa Malaysia.

  1. Menambah peruntukan dalam Rancangan Malaysia (RMK) bagi menggantikan peralatan-peralatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lama kepada peralatan dengan teknologi terkini bersesuaian dengan industri semasa.

  1. Mencadangkan kepada pihak KPT untuk mewujudkan sekretariat di peringkatKPT untuk memantau dan mengawal selia segala perbincangan atau resolusi yang dicapai dalam perbincangan di peringkat universiti atau kebangsaan lantas membangunkan satu sistem “Pusat Informasi MPP” bagi membolehkan maklumat tentang tindakan yang diambil berkaitan dengan resolusi mudah dicapai dan mempunyai kesinambungan dari satu kepimpinan ke satu kepimpinan.

  1. Mencadangkan kepada pihak KPT untuk memperkasakan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi Malaysia (AkePT) agar dapat melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkaliber lantas memperkasakan “Persatuan Alumni MPP se Malaysia” bagi membolehkan persatuan ini membantu dalam menjana kepimpinan mahasiswa.

  1. Mencadangkan agar pihak KPT dapat menggesa dan menyarankan kepada semua pentadbiran universiti menyediakan bantuan komputer riba bagi digunakan oleh Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar untuk memudahkan segala urusan dan juga kesinambungan ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun bagi membolehkan maklumat itu jelas dari semasa ke semasa. (Filing maya)

  1. Mencadangkan kepada pihak KPT agar dapat memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa IPTS untuk terlibat secara langsung dalam program-program kepimpinan dan latihan sebagai mana yang diterima oleh mahasiswa IPTA.

  1. Memperdalam pemahaman mahasiswa terhadap budaya pelbagai kaum dalam pentas yang lebih formal.

  1. Semua ahli politik supaya TIDAK mengekploitasi dan mempergunakan mahasiswa demi kepentingan politik masing-masing dan menggesa semua mahasiswa supaya tidak terlibat dalam kepentingan parti politik.

  1. Mengiktiraf pergerakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah pergerakan yang bebas dan berkecuali.

  1. Mempercepatkan proses meningkatkan pemahaman pelajar mengenai AUKU melalui pengajaran dan pembelajaran secara ilmiah dan sistematik.

  1. Menggesa media supaya lebih berintegriti dalam memainkan peranan sebagai medium penyampaian maklumat dan memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa untuk menyuarakan pandangan dan suara.

  1. Mewujudkan satu dana khas bagi semua jemaah YDP dan Presiden MPP seluruh IPT di Malaysia untuk bersidang mengikut keperluan.

  1. Menyelaras dan memberi pendedahan secara lebih komprehensif kursus asas keusahawanan dan latihan praktikal kepada seluruh IPT di Malaysia.

  1. Menubuhkan sebuah Student Business Centre (SBC) yang bekerjasama dengan firma luar (IKS). SBC ini bertujuan untuk :

    1. Memantau dan menasihati aktiviti keusahawanan mahasiswa.
    2. Menyediakan garis panduan yang selaras untuk aktiviti keusahawanan mahasiswa.
    3. Menyediakan peruntukan modal dan 40% daripada keuntungan yang diperolehi dimasukkan ke dalam tabung amanah kebajikan mahasiswa.
    4. Memastikan perniagaan mahasiswa didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
    5. Menyediakan lebih banyak program berbentuk keusahawanan.

  1. Menyediakan tabung keusahawanan di bawah kendalian SBC di setiap IPT di Malaysia.

  1. Menyarankan pihak pengurusan dan pentadbiran setiap IPT membuka tender yang strategik sebanyak 70% kepada pelajar dan 30% kepada orang luar.


Sekian.


Yang benar,



.....................................................

(MOHD SYAMSUL BIN SALLEH)

Pengerusi

Jemaah YDP dan Presiden MPP IPT SeMalaysia.


Sumber : Jemaah YDP


Read more »»

Monday, June 22, 2009

Percepat bina blok kediaman UTeM

. Monday, June 22, 2009
2 comments

MELAKA 1 Mac - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meminta kerajaan supaya mempercepatkan pembinaan beberapa blok kediaman di universiti itu demi keselesaan dan keselamatan pelajar.


Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTeM, Profesor Dr. Zolkepli Buang berkata, beliau difahamkan, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah meluluskan kos RM40 juta bagi pembinaan kolej kediaman berkenaan.


Menurutnya, kolej kediaman itu, jika siap, dianggarkan dapat menampung kira-kira 1,500 pelajar daripada keseluruhan 6,650.


Tambahnya, universiti tersebut sehingga sekarang tidak menyediakan bangunan kediaman kepada pelajar, sebaliknya mereka menyewa enam blok apartmen di Bukit Beruang sebagai kediaman pelajar.


Jumlah pelajar yang terpaksa tinggal di luar ialah seramai kira-kira 3,500 orang.


"Saya diberitahu, peruntukan RM40 juta itu telah diluluskan dan cuma menunggu arahan daripada KPT untuk mulakan projek di tapak universiti ini.


"Kami amat berharap, KPT dapat segera memulakan projek ini supaya pelajar tidak perlu lagi tinggal di luar," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya UTeM 2009 di UTeM Durian Tunggal di sini baru-baru ini.


Majlis tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pengangkutan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, R. Perumal.

Menurut Zolkepli, langkah menyediakan kolej kediaman itu akan dapat mengurangkan penglibatan pelajar dengan aktiviti luar yang lebih menjamin keselamatan mereka.


Sumber : Utusan

Read more »»

Kakak bekas pelajar UTeM perlukan bantuan rawat buah pinggang.

.
0 comments

RM200,000 diperlukan pemindahan buah pinggang



SIK 31 Mei - Bagi Khamisah Othman, dia hanya pasrah apabila penyakit buah pinggang yang dihadapinya sejak 18 tahun memaksanya untuk melupakan hasrat memegang jawatan tinggi.


Sebaliknya, anak penoreh getah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Geografi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu hanya berikhtiar untuk memulihkan penyakitnya terlebih dahulu.


Menurut Khamisah, 30, dari Kampung Hujung Bechah, dekat sini, dia memerlukan sebanyak RM200,000 bagi membolehkannya menjalani pemindahan buah pinggang yang rosak selepas hanya bergantung kepada rawatan pencucian darah yang terpaksa dilakukan sebanyak tiga kali seminggu di Hospital Sik.


Walaupun tubuhnya kini semakin susut, pucat dan tidak bermaya, namun dia terpaksa juga mencari nafkah dengan mengajar di kelas tuisyen untuk kanak-kanak di kampung tersebut.


Lebih-lebih lagi, bapanya, Othman Mohamed, 64, juga uzur dan tidak mampu membiayai kos rawatan penyakitnya.

Seorang lagi anak Othman, Mohd. Ridwan, 25, yang merupakan lulusan Universiti Teknikal Melaka (UTeM) juga belum memperoleh sebarang pekerjaan dan kini membantu keluarganya dengan menoreh getah.


Sementara itu, UMNO Bahagian Sik melalui ketuanya, Mohd. Tajuddin Abdullah telah menubuhkan Tabung Bantuan Pemindahan Buah Pinggang untuk Khamisah bagi mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak.

Menurut Mohd. Tajuddin, tabung tersebut memerlukan sumbangan orang ramai termasuk golongan korporat bagi mempercepatkan pembiayaan kos rawatan Khamisah.

Katanya lagi, pihaknya berharap, apabila sumbangan mencukupi, gadis tersebut akan dibawa ke China untuk menjalani pemindahan buah pinggang.

Bagi yang mahu menyumbang boleh salurkan kepada Salmiah Awang Salimin menerusi no. akaun Agro Bank 2-510000664-8.


Sumber : Utusan Malaysia

Read more »»
 
Kumbang Pemalu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Deluxe Templates